Sunday, March 2, 2008

:: RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT )

Program Rancangan Makanan Tambahan dilaksanakan bertujuan membantu seseorang murid sekolah rendah daripada kalangan keluarga yang miskin. Ianya bermaksud untuk memberi makanan tambahan secara imbuhan sebanyak 25% - 30% daripada keperluan hariannya. Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan murid tersebut.

Murid berstatus “Warganegara Malaysia“ dan daripada keluarga berpendapatan di bawah paras RM 400.00 atau pendapatan perkapita RM 80.00 adalah layak untuk menyertai program ini.

Friday, February 29, 2008

:: KES KERACUNAN MAKANAN


Kes Keracunan Makanan
sering berlaku di kantin-kantin sekolah di seluruh Negara. Menurut laporan pihak hospital, peratusan tertinggi kes yang dirujuk adalah membabitkan keracunan makanan akibat pencemaran pada makanan yang dijual kepada warga sekolah. Kes keracunan yang teruk akan mengakibatkan murid terlantar di hospital kerana penyahhidratan (dehydration) selepas muntah dan cirit-birit yang berpanjangan.
Justeru itu aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan kantin perlu dipertingkatkan. Kerjasama semua pihak perlu bagi menangani permasalahan tersebut.